EKOSISTEM
HUTAN HUJAN TROPIKA (TANAH PAMAH)
PENGENALAN
Ekosistem didefinisikan sebagai suatu komuniti organisma
hidup yang mempunyai saling kaitan erat di antara satu sama lain dan antara
organisma dengan alam fizikalnnya. Komponen ekosistem terbahagi kepada dua
iaitu biotik dan abiotik. Komponen biotik meliputi manusia, tumbuhan dan haiwan
manakala komponen abiotik terdiri daripada cahaya matahari, hujan, udara,
mineral dan tanih. Istilah hutan pula merujuk kepada suatu formasi yang
dikuasai oleh pokok yang biasanya merujuk kepada tiga konsep yang berlainan
iaitu:
a)
dirian
pokok atau tumbuh-tumbuhan yang menyerupai pokok
b)
seluruh
komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok
c)
komuniti yang dikuasai oleh pokok yang
berfungsi termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya.
Ekosistem hutan hujan
tropika tanah pamah adalah jenis ekosistem daratan. Ekosistem hutan hujan
tropika tanah pamah (hutan dipterokap) merupakan salah satu jenis ekosistem
hutan yang paling produktif selain daripada hutan paya bakau. Hutan jenis ini
meliputi hampir 28% peratus kawasan hutan dunia dan merupakan ekosistem terkaya
dengan spesies tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di dunia.
Beberapa ciri-ciri hutan
hujan tropika tanah pamah telah dikenalpasti dan dirumuskan seperti jadual di
bawah:
CIRI-CIRI
|
KETERANGAN
|
Kedudukan
|
Berada dari ketinggian 0m paras laut sehingga
ketinggian 300m dari paras laut sekitar garisan Khaltulistiwa.
|
Iklim
|
Panas dan lembab sepanjang tahun dan
menerima hujan sepanjang tahun
|
Suhu
|
Tinggi antara 30°C hingga 35°C
|
Lokasi
|
Afrika, Latin Amerika, Amerika
Selatan, Indo-Australia, Asia Selatan, Malaysia dan lain-lain.
|
Hutan hujan tropika tanah pamah merupakan hutan yang
mempunyai banyak komuniti hutan. Oleh itu, haiwan-haiwan yang terdapat di sini mempunyai corak adaptasi kepada cuaca
yang panas dan lembab manaka tumbuhan yang padat di hutan mempunyai adaptasi
terhadap kelembapan yang tinggi.
Flora
di Hutan Hujan Tropika Tanah Pamah
Hutan jenis ini mempunyai hasil-hasil hutan yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi
kerana terdapat pelbagai pokok-pokok seperti meranti, tualang, cengal, belian,
pokok-pokok palma, bulu, orkid dan sebagainya. Hutan ini tebal dan padat dan
sentiasa malar hijau serta mempunyai pepohon yang berdaun besar dan lebar.
Kebanyakan poko berakar banir dan tumbuh secara berlapis-lapis, membentuk sudur
yang tebal malah mempunyai tumbuhan bawahan yang kurang berbanding dengan hutan
pergunungan. Struktur hutan hujan tropika tanah pamah lazimnya terdiri daripada
dua peringkat iaitu pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi
dengan lain-lain bentuk tumbuhan. Tumbuhan hutan hujan tropika tanah pamah
terdiri daripada:
a) Pokok-pokok - Meliputi kanopi, susunan
daun, mata daun, banir, bentuk batang dan percabangan
b) Pepanjat/Liana - memanjat dan membelit
(pepanjat menyangga dengan cara membelit batang menghala ke arah pucuk dan
dahan pokok sokongannya seperti mengkudu), sulur-paut (contoh mentimun, labu
dll.), organ cangkok (Akar kait) dan duri (Capparis diffusa)
c) Belukar/Renek - Berkayu yang tidak
mempunyai batang utama untuk menyokong daun. Ia mengeluarkan banyak batang yang
bersaiz kecil dan berkongsi dedaun.
d) Epifit - Pokok
penumpang
e) Palma - Tumbuhan yang
mempunyai batang yang tidak berdahan
f) Herba - Tumbuhan
yang tidak berkayu, contohnya keladi, orkid, pisang dan sebagainya.
Jika di Malaysia, hutan hujan tropika tanah pamah boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu hutan-campuran(mixed-forest) dan hutan
dominan tunggal(single-dominant forest). Hutan campuran seperti Dipterokap
tanah pamah terdiri daripada berbagai-bagai famili tumbuhan.
Fauna
di Hutan Hujan Tropika Tanah Pamah
Hutan hujan tropika tanah pamah juga merupakan ekosistem
kepada pelbagai jenis hidupan liar seperti orang utan, badak sumbu, ular-ular,
musang , gajah dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini menjalankan aktivitinya pada
waktu yang berlainan. Haiwan memainkan peranan penting di dalam kitaran hidup
tumbuhan dan menjaga keseimbangan serta
perkembangan hutan hujan tropika itu sendiri. Haiwan merupakan pemangsa, agen
pendebungaan dan juga penyebaran biji benih sekaligus telah merangsang
perkembangan spesies tumbuhan hutan
hujan tropika di samping membantu kitaran nutrien dan juga menolong mengawal
kepadatan spesies di dalam hutan.
Tumbuhan lain bertindak membentuk kompaun sekunder
seperti gum, resin dan getah, tanin dan fenol pada daun-daun dan buah-buahnya
untuk menghalang haiwan-haiwan daripada memakannya.
KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA TANAH PAMAH
i.
Sumber makanan dan habitat
haiwan
Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak
langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk
daun dan bahagian pokok yang lain. Selain itu, ia juga menyediakan satu habitat
yang sesuai kepada haiwan. Kemampuan hutan ini menampung kepelbagaian hidupan
liar juga menjadi sumber protein utama kepada penduduk dalam negara.
ii.
Mengawal suhu / agen
pembersih udara
Hutan hujan tropika tanah pamah secara keseluruhan
menjalankan peranan menstabilkan suhu persekitaran dan agen pembersih udara
dengan memendapkan gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh haiwan-haiwan
semasa bernafas dan juga aktiviti manusia daripada sektor industri,
pengangkutan dan pertanian.
iii.
Penutup bumi dan
perlindungan hakisan
Kewujudan hujan juga
menjadi agen penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada
hakisan air dan angin. Pokok-pokok berfungsi sebagai pengikat dengan cara
mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat memelihara kualiti
alam sekitar daripada tercemar di samping mencegah kejadian buruk seperti
banjir atau kilat.
iv.
Kawasan tadahan air
Hutan hujan tanah
pamah juga bertindak sebagai kawasan tadahan air dengan menyerap dan menapis
air hujan sebelum disalurkan ke sungai-sungai agar bekalan air tidak putus
sepanjang tahun.
v.
Tempat perlindungan semulajadi
orang asli
Orang-orang asli juga
menjadikan hutan ini sebagai tempat perlindungan, sumber makanan dan ekonomi
mereka.
vi.
Sumber bahan mentah dan
pendapatan negara
Selain itu, hutan hujan
tanah pamah ini turut menyumbangkan ke arah ekonomi dan pembangunan luar bandar
dengan memulihkan semula tanah terbiar dan mempelbagaikan sistem pengeluaran
melalui aktiviti ’agroforesty’. Sumber bahan mentah seperti balak dan produk
bukan balak seperti rotan, kayu damar dan lain-lain banyak menjadi kegunaan tempatan
dan sebagai bahan eksport jika diurus secara baik.
vii.
Budaya dan sejarah
Hutan juga merupakan khazanah budaya di mana tradisi
serta amalan dan juga kisah silam orang tempatan patut dilindungi.
viii.
Sumber perubatan
Pokok-pokoknya
juga mempunyai nilai-nilai perubatan untuk mengubati penyakit.
MASALAH YANG DIHADAPI
a) Secara
semulajadi
Perubahan
cuaca dunia-
menjadikan fenomena kebakaran akibat kepanasan melampau menyebabkan hutan-hutan
boleh terbakar dengan sendirinya dan cepat merebak apabila cuaca kering dan
kurang hujan.
Kejadian
bencana alam
- seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi pula menyebabkan pengaliran lava
panas, pergerakan jisim dan juga serangan perosak dan penyakit hutan sekaligus
memusnahkan sumber makanan kepada haiwan.
b) Aktiviti
manusia
Pembinaan
empangan hidro elektrik
- memusnahkan hutan melalui kegiatan penebangan dan pembersihan hutan
menyebabkan rantaian makanan hutan hujan tropika musnah.
Pembalakan
tidak terkawal-
menyebabkan
kemusnahan spesies flora dan fauna secara besar-besaran, kehilangan habitat,
rantaian makanan dan ciri ekologi.
Aktiviti
pertanian –
dengan pembukaan tanah baru untuk perladangan misalnya, memusnahkan kawasan
hutan dan ekosistemnya.
Pembinaan
infrastruktur –
seperti lebuhraya, kabel elektrik, saluran paip dan lain-lain mengakibatkan
pemusnahan hutan dan memberi kesan buruk terhadap keplbagaian biologi hutan.
LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA KESEIMBANGAN EKOSISTEM
HUTAN HUJAN TROPIKA TANAH PAMAH
a) Perundangan
Menguatkuasakan
undang-undang
- dengan kawalan pencerobohan hutan simpan, aktiviti rondaan, dan tindakan
tegas terhadap aktiviti pembalakan haram. Pihak berkuatkuasa juga perlu
mengenakan denda dan hukuman terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang yang
telah ditetapkan.
b) Langkah
pengurusan
Mewartakan
hutan rezab atau Taman Negara – yang juga menjadi Kawasan Perlindungan Hidupan Liar
(KPHL).
Melaksanakan
Sistem Tebangan Memilih (STS) – Penebangan hanya dilakukan
bagi pokok-pokok yang cukup ukur lilit dan umur sahaja.
Penanaman
semula hutan atau Projek Perladangan Hutan Kompensatori (CFPP) – bertujuan untuk
membekalkan bahan kayu industri spesies tertentu untuk memenuhi keperluan
tempatan sahaja.
Menjalankan
Penyelidikan dan pembangunan (R&D) – beralih kepada sumber-sumber
pengganti seperti penggunaan fiber, simen, aluminium dan sebagainya agar tidak
terlalu bergantung kepada hasil hutan.
Melaksanakan
kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar – boleh dilakukan oleh badan bukan NGO
seperti Persatuan pencinta Aalam Sekitar agar sedar akan kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan boleh dilaksanakan pada semua
peringkat.
RUMUSAN
Hutan hujan tropika tanah pamah mempunyai banyak kepentingannya
terhadap manusia, flora dan juga fauna dari pelbagai aspek seperti ekonomi,
keperluan hidup dan sebagainya. Tetapi
pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semulajadi
hutan ini dari masa ke semasa. Jika pemusnahan hutan terus berlaku, mungkin dua
pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus sebelum kita berjaya
menemuinya semula.
Oleh itu, kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa
pentingnya hutan kepada alam sekitar dan ekosistem dunia dengan mengamalkan
langkah-langkah pencegahan sebelum ianya terlewat.